TEMERLOH 2 Julai — Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menafikan dakwaan bahawa beliau akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang disiarkan laman blog tranungkite.
Beliau berkata, dakwaan penulis dari blog tersebut yang menyatakan beliau pernah ke luar negara untuk bertemu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini adalah tidak benar sama sekali kerana beliau tidak pernah bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sejak 10 tahun lepas.
“Saya tetap ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang setia...Saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Temerloh atas kepercayaan pengundi saya. “Malah saya dilantik sebagai Timbalan Menteri di atas tiket UMNO dan BN dan saya tidak akan membelakangkan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan ringkas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini.
- Bernama
No comments:
Post a Comment