21 July 2008

Rompakan semakin menjadi - jadi di Malaysia | Polis jangan lebih tumpu kes - kes remeh

Pekerja kedai emas mati terkena tembakan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Seorang pekerja kedai emas mati terkena tembakan dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai emas di dalam pasar raya besar Carrefour Wangsa Maju, di sini malam ini.

Mangsa seorang wanita berusia 26 tahun yang cuba berlari ke stor di kedai itu untuk menyelamatkan diri, mati selepas terkena tembakan di bahagian belakang dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah ketika ditemui di tempat kejadian berkata, perompak yang dipercayai seramai lima orang itu kemudiannya melarikan barangan kemas bernilai hampir RM500,000 dari kedai tersebut.

- Utusan

No comments:

Post a Comment