"Muzakarah secepat mungkin" Abdullah
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau bersedia memulakan muzakarah secepat mungkin dengan pemimpin PAS untuk memperkukuhkan perpaduan Melayu.
"Saya amat ingin melihat perbincangan itu berjaya," katanya pada majlis perjumpaan beliau dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di sini malam ini.
Abdullah yang juga Presiden Umno berkata perpaduan orang Melayu penting kerana ia menjadi teras kepada perpaduan rakyat Malaysia.
Katanya perpaduan Melayu perlu diperkukuhkan kerana mereka menghadapi pelbagai cabaran baru.
Abdullah berkata beliau juga mahu melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam negara ini kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan.
Katanya perpaduan masyarakat Islam Malaysia menyumbang kepada imej dan perpaduan lebih baik ummah Islam dunia.
http://klpos.com
No comments:
Post a Comment