Tiada lagi protes dalam stadium
Gabungan memprotes harga minyak (Protes) sudah ‘serik' mengadakan perhimpunan di tempat tertutup, khususnya di stadium kerana ia kurang mendapat sambutan.
Ini terbukti dalam perhimpunan sejuta rakyat yang berlangsung di Stadium Kelana Jaya Ahad lalu di mana hanya dihadiri oleh kira-kira 10,000 orang pada sebelah siangnya.
Manakala acara kemuncak berupa ucapan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat, terutama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihadiri oleh kira-kira 25,000 orang.
Pada mulanya dijadual diadakan di KLCC tetapi kemudiannya dipindah ke Padang Timur, Petaling Jaya. Tarikhnya diubah dari 5 kepada 6 Julai.
Bagaimanapun, tempat perhimpunan itu ditukar pada saat-saat ke Stadium Kelana Jaya. Perubahan itu dibuat atas keputusan pimpinan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor.
Dalam mesyuarat post mortem Protes petang semalam, pelbagai perkara, termasuk factor sambutan itu, serta insiden yang membabitk kumpulan pemuzik jemputan, telah dibincang secara panjang lebar.
Ambil pengajaran
Ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya memutuskan tidak akan lagi mengadakan sebarang perhimpunan di tempat tertutup, seperti stadium.
Katanya, tempat seumpama itu tidak sesuai untuk mengadakan protes seperti yang terbukti Ahad lalu di mana kehadiran orang ramai kurang daripada sasaran.
Selepas itu, beliau berkata, pihaknya tidak akan ada lagi protes diadakan di dalam stadium.
Mengenai insiden membabit kumpulan pemuzik pula, Arutchelvan berkata, pihaknya kesal dan mengambil pengajaran daripada apa yang telah berlaku.
Bagaimanapun, beliau menganggap ianya satu insiden kecil yang tidak mengganggu keseluruhan program tersebut.
www.malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment