09 July 2008

Anwar ke pejabat JAWI

Anwar di pejabat JAWI jam 10.15 pagi

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada jam 10.15 pagi.

Beliau kemudiannya masuk ke unit siasatan di bangunan penguatkuasa JAWI pada jam 10.20 pagi.

Mantan timbalan perdana menteri itu ditemani isteri beliau, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua orang peguam.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI pada kira-kira jam 10.50 pagi.

www.malaysiakini.com

Anwar akan rujuk isu dakwaan liwat di Mahkamah Syariah pagi ini

TAIPING, 9 Julai (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Mustaffa Kamil Ayub memberitahu bahawa parti itu akan membawa dan merujuk kes fitnah terbaru terhadap Dato� Seri Anwar Ibrahim itu kepada Mahkamah Syariah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada jam 10.00 pagi ini.

"Supaya dibicarakan apabila berlaku lemparan tuduhan sumpama ini,"tegas beliau semasa berceramah dalam majlis "Tour Anwar Ibrahim Seluruh Malaysia" di Dewan Changkat Jering dekat sini malam tadi.

Katanya, KeADILan akan ambil tindakan sedemikian kerana mengikut nasihat Ulama luar negara dan tempatan termasuk Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussaini Zakaria supaya jangan dilakukan bersumpah bersabit dengan kes tuduhan dan fitnah liwat sebaliknya harus dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Beliau menegaskan, seorang ulama dunia Islam menasihatkan bahawa kes Anwar itu memerlukan pihak menuduh untuk membawa empat orang saksi yang telus dan adil bagi membuktikan tuduhan.

"Sebab itu Anwar akan rujuk kes ini kepada Mahkamah Syariah mengikut hukum syarak untuk membuktikan bahawa beliau tidak bersalah," tegasnya.

Katanya,"kalau betul maka dipersilakan kemukakan empat orang saksi yang adil oleh pihak penuduh. Kalau tidak kes berkenaan itu mesti ditarik balik dan dibuang."

www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment