18 July 2008

Polis di bawah BN terus menerus menimbulkan ketidakselesaan rakyat

Polis teruskan sekatan jalan raya

SHAH ALAM: Polis akan meneruskan sekatan jalan raya di seluruh Selangor untuk memantau perhimpunan haram dan mencegah kejadian yang boleh menggugat keselamatan awam, kata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata sekatan jalan raya itu juga bertujuan memastikan tiada elemen yang tidak sihat yang dibawa dalam perhimpunan tanpa permit sehingga boleh mengganggu kenteraman awam selain mencegah kejadian jenayah.

“Ada pihak yang cenderung anjurkan perhimpunan tanpa permit ini. Kita tidak tahu apa elemen yang dibawa sekali dengan perhimpunan itu jadi sekatan ini perlu untuk memantau mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog Mencegah Jenayah dan Program Kejiranan di kawasan kilang di Seksyen 26 di sini hari ini.

Khalid berkata sehingga kini sekatan jalan raya dijalankan secara berubah-ubah di 22 lokasi di seluruh Selangor dan ia akan diteruskan sehingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan.

“Saya sedar sekatan jalan ini sedikit sebanyak menimbulkan ketidakselesaan, tetapi saya mohon maaf kerana ia perlu diteruskan,” katanya.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment