26 July 2008

Penjenayah mencuri kedua pergelangan tangan Ketua cawangan MIC bahagian Teluk Intan

Ketua cawangan MIC putus 2 pergelangan tangan

TELUK INTAN: Seorang ketua cawangan MIC dalam bahagian Teluk Intan putus kedua-dua pergelangan tangan, manakala isterinya cedera parah selepas diserang dua lelaki di rumah mereka di kuarters pekerja Ladang Flemington, Batu 16, Jalan Bagan Datoh dekat sini, awal pagi semalam.

Ketika kejadian jam 4.30 pagi, M Periasamy, Ketua MIC cawangan Sungei Samak Baru yang juga kerani kilang kelapa sawit dan isterinya, M Indragandhi, kedua-dua berusia dalam lingkungan 40-an dikatakan sedang nyenyak tidur.

Suspek dikatakan meletakkan kenderaan mereka di kebun kelapa sawit di belakang rumah mangsa sebelum memanjat pagar dan memasuki rumah melalui tingkap.

Ketua Polis daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata sebaik memasuki rumah itu, pasangan suami isteri terbabit diserang bertubi-tubi dengan senjata tajam yang dibawa suspek.

"Dalam serangan itu, Periasamy putus kedua-dua pergelangan tangan, manakala Indragandhi cedera parah di bahagian tapak tangan. Ketika itu, hanya pasangan berkenaan berada di dalam rumah," katanya di sini, semalam.

Goh berkata, kedua-dua pergelangan tangan mangsa yang putus itu tidak ditemui dan polis tidak menolak ia dilarikan penyerang mereka.

Katanya, sejurus selepas kejadian itu, Indragandhi sempat menelefon seorang kenalan untuk membantu membawa mereka berdua ke Hospital Teluk Intan (HTI).

"Polis belum menemui senjata yang digunakan suspek dan siasatan awal mendapati ia bukan bermotif rompakan kerana tiada kehilangan harta benda dilaporkan," katanya.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment