08 July 2008

Pemimpin BN selama ini biasa merasmikan program di sekolah | Pemimpin Pakatan harus bertemu dan mendengar pemasalahan guru

Adun Pakatan Rakyat Selangor 'ancam' masuk sekolah

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat di Selangor mengancam untuk masuk ke sekolah menerusi program tertentu sebagai tindakan balas dendam kepada kerajaan Pusat yang didakwa mencampuri urusan pelantikan ketua kampung di negeri itu.

Kementerian Pelajaran melarang ahli politik kerajaan dan pembangkang, kecuali Exco Pendidikan memasuki sekolah untuk mengelak pelajar dipengaruhi semangat kepartian.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam, Pembangunan Usahawan dan Luar bandar, Yaakob Sapari, berkata urusan pelantikan ketua kampung adalah hak kerajaan negeri dan kerajaan Pusat tidak boleh campur tangan.

"Tindakan kerajaan Pusat melantik ketua kampung dan diletakkan di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) boleh menimbulkan masalah kepada penduduk kampung.

"Jika kerajaan Pusat boleh mencampuri urusan pelantikan ketua kampung, kita juga akan bertindak memasuki sekolah untuk mengadakan program atau berjumpa pengurusan sekolah," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Yaakob mendakwa, walaupun larangan terhadap ahli politik itu sudah lama berkuatkuasa, masih ada pemimpin Barisan Nasional (BN) yang datang ke sekolah dengan alasan untuk merasmikan program.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment