08 July 2008

Minyak naik, barang naik, perbelanjaan bertambah, pendapatan tidak berubah - Penulisan blog gambaran luahan rakyat kebanyakan

Penulis blog patut dipersalah sebar khabar angin, spekulasi: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penulis blog menghentikan perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana perkara itu menjadi antara faktor membawa kepada ketidakstabilan politik negara.

“Saya minta penulis blog hentikan semua ini kerana mereka juga bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Jalan terbaik yang mereka dapat lakukan ialah hentikan semua ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Ke-6 Ketua-ketua Kerajaan D-8 di sini hari ini.

Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) dijadual bermula dengan rasminya di ibu negara esok.

Perdana Menteri mengulas keadaan politik negara sekarang, yang dilihat masih tidak stabil sejak pilihan raya umum Mac lalu.

Semalam, Perdana Menteri berkata beliau sedar ada rakyat yang sudah muak dengan permainan politik yang sedang berlaku dalam negara dan berjanji akan memberikan perhatian untuk memenuhi keperluan rakyat.

“Fitnah sudah kian bermaharajalela. Salah atau benar sudah tidak diambil kisah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan muka depan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Ahad yang memetik reaksi orang ramai dan pemimpin masyarakat mengenai perubahan suasana politik negara sejak beberapa bulan lalu.

“Apa juga kebenarannya, kebenaran itu pasti akan muncul...jangan bimbang mengenainya,” katanya.

Ditanya apakah pendekatan yang akan digunakan kerajaan untuk menghentikan khabar angin dan spekulasi dalam internet, beliau berkata: ”Apabila kebenaran sudah muncul, semua ini akan berhenti, kami akan pastikannya.” — Bernama

No comments:

Post a Comment