13 July 2008

Orang tak berakhlak diamanahkan melatih pusat pemulihan akhlak

Telan bangkai cicak

JOHOR BAHRU: Seorang gadis bekas pelatih pusat pemulihan akhlak swasta di Kajang yang didakwa menggunakan modul pemulihan tidak normal mendedahkan pelbagai bentuk hukuman tidak masuk akal yang dilakukan pengurus pusat berkenaan yang dipanggil ‘ustaz’ di kalangan pelatih.

Gadis itu mendakwa, antara hukuman diterima pelatih ialah dipaksa menelan bangkai cicak, cacing, cili giling mentah, minum air tapak kaki dan air ludah ustaz, menampar muka, menghentak muka ke lantai dan memasukkan katak ke dalam baju.

Amirah Muhamad Radzi, 18, berkata pengalaman menjalani sesi pemulihan di pusat terbabit umpama mimpi ngeri kerana pernah menjalani pelbagai hukuman pelik dan menjadi mangsa penyeksaan pengurusan yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, dia juga tidak terkecuali menjalani pelbagai hukuman jika melakukan kesalahan kecil seperti tidak beramah mesra dengan kakitangan pusat pemulihan itu atau gagal melaksanakan tugas diarahkan.

“Pengalaman paling mengerikan adalah dikurung dalam bilik kecil apabila saya dihadapkan ke ‘tribunal neraka’ kerana cuba lari selepas lima hari dimasukkan ke pusat itu.

“Dalam tempoh 44 hari dikurung di bilik itu, saya diseksa oleh pengurusan pusat pemulihan dengan pelbagai hukuman yang tidak masuk akal dan menjijikkan.

“Antaranya disuruh menelan bangkai cicak, meminum air tapak kaki ustaz buncit dan dirotan di tapak kaki,” katanya ketika dihubungi di rumahnya di Kajang, Selangor, semalam.

Kelmarin, seorang guru agama dan seorang petugas di Rumah Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pelatih rumah kebaikan itu pada Jun lalu.

Perbuatan itu dilakukan di Perkid, Hulu Langat, Selangor, kira-kira jam 11 pagi, 26 Jun lalu.

Doktor yang melakukan bedah siasat terhadap mangsa, Megat Mohd Amirul Adha Sobri, 22, mengesyaki mangsa mati akibat didera kerana ada kesan lebam dan kecederaan di seluruh tubuhnya.

Menurut Amirah, ketika menghuni pusat pemulihan akhlak itu, dia pernah merayu kepada rakan pelatihnya supaya menikam tangannya sebagai helah untuk melepaskan diri.

Katanya, dia dan seorang rakan yang dikenali sebagai Lily akhirnya berjaya lari dari pusat itu pada Jun 2006 sebelum membuat laporan di balai polis berhampiran.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment