13 July 2008

Guru merotan | Seorang pelajar perempuan risiko lumpuh

Pelajar mungkin lumpuh

SEREMBAN: “Selepas dirotan cikgu, saya rasa sangat sakit dan tidak boleh berjalan sehingga terpaksa dipapah rakan,” kata Nurlieyana Nazran, pelajar perempuan yang berdepan risiko lumpuh selepas dirotan seorang guru di sebuah sekolah di Kuala Klawang, Jelebu, dekat sini.

Nurlieyana, 17, yang pernah cedera di pinggang akibat terjatuh di dewan makan sekolah kira-kira tiga minggu sebelumnya, menerima hukuman rotan selepas gagal menjawab soalan matematik dikemukakan guru berkenaan pada sesi persekolahan, Khamis lalu.

“Saya tidak tahu menyelesaikan masalah matematik di papan hitam, menyebabkan cikgu merotan saya. Apabila saya mengerang kesakitan, saya lihat cikgu terdiam,” katanya yang ditemui di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, semalam.

Semalam, selain beberapa rakan dan guru datang melawat, Nurlieyana turut menerima kunjungan pegawai dari Jabatan Pelajaran.

Sementara itu, bapa tiri mangsa, Mohd Yusof Minhaj, 45, berkata setakat ini doktor belum memberi apa-apa keputusan kerana pemeriksaan masih dilakukan.

“Polis juga mengambil keterangan saya dan selepas siasatan selesai, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sekolah,” katanya.

Kelmarin, Mohd Yusof mendakwa terpaksa menghantarnya semula ke sekolah selepas anaknya berehat di rumah selama beberapa hari akibat terjatuh di dewan makan berikutan Nurlieyana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

Menurutnya, ketika menghantar anaknya ke asrama, dia meminta warden menjaga keselamatan Nurliyana disebabkan kecederaan itu.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment