30 July 2008

Kes Anwar bagai duri dalam daging Umno | Polis minta segera umum hasil siasatan

Syed Hamid nafi tuduhan liwat bermotif politik

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini menafikan tuduhan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa dakwaan liwat terhadap dirinya adalah bermotifkan politik.

Beliau juga menyangkal dakwaan Anwar yang kemunculan rekod pemeriksaan perubatan oleh sebuah hospital swasta ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, kini disebarkan secara meluas dalam ruangan blog tetapi kesahihannya masih belum dibuktikan, mengesahkan teori konspirasi itu.

Syed Hamid berkata tidak perlu kerajaan membuat konspirasi terhadap Anwar dan penyiasatan polis terhadap dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantu bekas perdana menteri itu, Mohd Saiful, sedang dijalankan.

“Tiada siapa yang cuba memerangkap Anwar. Polis akan menentukan kesahihan laporan perubatan itu.

“Kenapa beliau (Anwar) enggan membiarkan polis menyiapkan penyiasatan itu. Jika tidak, beliau (Anwar) juga bertanggungjawab membuat spekulasi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan antarabangsa mengenai representasi agama dan umat Islam dalam media di sini hari ini.

Katanya polis menjalankan penyiasatan terhadap kes liwat itu secara adil dan akan melayani semua pengadu secara saksama, tanpa berat sebelah. - BERNAMA.

No comments:

Post a Comment