04 July 2008

Kerja sama berat, gaji beza banyak - akan mewujudkan suasana tidak harmonis di sekolah

Peluang terbuka bagi 3,000 guru

PUTRAJAYA: Seramai 3,000 guru dan 400 guru besar di seluruh negara berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat ijazah sarjana muda menerusi dua program baru Institut Pendidikan Guru (IPG), yang akan dimulakan penghujung tahun ini.

Menerusi program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR), guru terpilih akan mengikuti pengajian selama empat tahun bermula 17 November hingga 31 Disember 2012, manakala Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) yang dikhususkan bagi guru besar pula dilaksanakan selama tiga tahun secara mod intensif.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata kedua-dua program itu diwujudkan sejajar dengan hasrat kementerian untuk memperoleh sekurang-kurangnya 50 peratus daripada guru sekolah rendah di negara ini terdiri daripada guru siswazah menjelang 2010.

“Program bagi guru ini akan diadakan semasa cuti persekolahan dan dan apabila tamat, mereka akan menerima Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Pendidikan Rendah),” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, semalam.


Bagi program PKPGB pula, Alimuddin berkata, ia dikhaskan kepada guru besar atau pegawai kementerian yang pernah menjadi guru besar dan menyandang gred DGA34 serta DGA32 serta berumur tidak melebihi 48 tahun.


“Iklan tawaran PGSR akan dipaparkan di akhbar dan laman web kementerian mulai 15 Julai dan tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Julai,” katanya.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment