Kerajaan bagi ruang kepada AS jawab surat bantahan - Rais
KUALA LUMPUR 6 Julai - Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kerajaan menunggu maklum balas daripada Amerika Syarikat berhubung surat bantahan yang dihantar Malaysia ekoran campur tangan Washington dalam kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, kerajaan akan memberi ruang masa kepada AS untuk menjawab surat itu memandangkan ia baru sahaja dihantar kepada Setiausaha Negara AS, Condoleeza Rice Jumaat lalu.
``Surat itu baru sangat dihantar. Tentulah kita memberikan ruang masa kepada mereka (AS) untuk berfikir dan menjawabnya. Mungkin mereka tidak perlu menjawabnya sebab ia adalah bantahan yang menyatakan perasaan kita,"' katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat menteri-menteri luar Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) di sini hari ini.
Baru-baru ini, jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey Casey dalam kenyataan yang dikeluarkan di Washington berkata, AS menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik. - Utusan
No comments:
Post a Comment