03 July 2008

Ini kes baru, Najib dituduh bersama Altantuya, tidak timbul soal subjudis

Abdullah Enggan Ulas Isu Najib-Altantuya Kerana Subjudis

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi enggan mengulas dakwaan terkini terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengaitkan timbalannya dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Beliau berkata perkara itu tidak wajar ditimbulkan kerana kes bunuh itu sedang dibicarakan di mahkamah.

"Ini subjudis. Perkara dalam mahkamah, saya pun tak nak komen. Tak habis lagi cerita itu.

"Saya tahu Najib pun akan buat sidang akhbar pada waktu ini.

Dia juga akan meminta pandangan Peguam Negara mengenai perkara ini kerana ia sudah ada dalam mahkamah dan tidak wajar kita timbulkan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di sini.

Perdana Menteri berkata beliau tidak berbincang mengenai perkara itu dengan Najib tetapi hanya dimaklumkan oleh timbalannya itu.

Ditanya sama ada siasatan akan dibuat terhadap tuduhan terbaru itu, Abdullah berkata: "Kita pun tak tahu apa tuduhan itu. Lagi dok (di) layan, 10 kali layan, 10 kali siasatlah. Itu sahaja". -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment