Dibelasah 9 lelaki
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu trak penunda menempuh hari malang, apabila dibelasah lapan lelaki termasuk seorang ahli bina badan selepas menunda kereta dipercayai milik adik ipar lelaki terbabit yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran sejak tiga bulan lalu.
MV Sundara Pandian, 20, berkata pada Selasa lalu dia menerima panggilan daripada majikannya pada jam 11 pagi, mengarahkannya menunda sebuah kereta di kawasan letak kereta di Seksyen 1, Wangsa Maju.
Bagaimanapun selepas 100 meter menunda kereta terbabit, katanya trak dipandunya tiba-tiba dihalang sebuah kereta Iswara dinaiki empat lelaki, sebelum disusuli sebuah lagi kereta.
Dia berkata, seorang daripada lelaki terbabit menunjukkan kad kuasa polis dan mengaku bertugas di sebuah balai polis di Lembah Klang.
Dakwanya lagi lelaki terbabit juga mengaku kereta yang sedang ditunda itu sebagai miliknya dan turut mengarahkannya menyerahkan kereta berkenaan walaupun surat arahan menarik kereta itu sudah dikeluarkan pihak bank.
“Mereka rampas kunci trak saya, menarik saya ke luar dan dibelasah beramai-ramai sambil meludah ke muka serta memaki-hamun dengan kata-kata kesat.
“Saya mengalami lebam di kepala dan doktor yang menjalankan pemeriksaan lanjut di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengesahkan tisu dibahu kanan saya terkoyak,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sejurus semua penyerang terbabit beredar.
www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment