01 July 2008

Ezam tidak kemuka rasuah pemimpin Umno tetapi tumpu pada Selangor tanda ingin melihat Selangor negeri contoh dan bersih rasuah

Bukti: Surat MB S'gor minta derma

Kepala surat pejabat menteri besar Selangor digunakan untuk kerajaan Pakatan Rakyat mengutip sumbangan syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pentadbirannya, kata Mohamad Ezam Mohd Nor.

Dalam aduannya kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pagi ini, bekas pemimpin kanan PKR itu mendakwa nombor faksimili yang tertera di surat itu juga menunjukkan ia dihantar dari pejabat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bercakap kepada media lagi, ahli Umno itu berkata pembabitan adik Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam syarikat besar milik kerajaan negeri itu menunjukkan amalan nepotisme.

Mengulas dakwaan dan siasatan kes liwat bekas ketuanya itu, Mohamad Ezam berkata "hanya penuduh, tertuduh dan Allah sahaja yang mengetahuinya."

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju tindakan mengaibkan seseorang dalam kes seumpama ini, tambahnya.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment