Anwar pentingkan diri
KUALA LUMPUR 5 Julai – Rancangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menghimpunkan sehingga satu juta penyokong Ahad ini hanya satu tindakan yang akan mengkucar-kacirkan negara.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan Anwar itu bertujuan memenuhi kepentingan peribadi dan bukan lagi untuk menjaga kebajikan rakyat.
Malah, katanya, tindakan Anwar itu boleh membawa kepada ketidakstabilan ekonomi yang secara tidak langsung menjejaskan kehidupan rakyat negara ini.
Anwar juga kata beliau, menolak dengan jelas prinsip demokrasi dan kehakiman di negara ini sedangkan selama ini beliau cuba menjadi jaguh dalam kedua-dua hal itu.
Katanya, tuduhan liwat yang dihadapi Anwar adalah sesuatu yang bersifat peribadi dan ia perlu diselesaikan sendiri oleh beliau melalui saluran yang ada.
``Polis yang akan melakukan siasatan dan mahkamah yang menafsirkan sama ada ia betul atau salah berdasarkan bukti yang dikumpulkan.
"Apakah Anwar ingat dengan menghimpunkan satu juta rakyat beliau berharap mendapat simpati yang boleh mempengaruhi keputusan polis dan mahkamah," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata, Anwar sepatutnya menyelesaikan sendiri tuduhan liwat yang dihadapinya itu dan bukannya mengheret rakyat dalam kes tersebut.
www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment