05 July 2008

Bila seseorang itu kerap mencampuri urusan politik, orang itu adalah orang politik

Pemuda Umno Terengganu minta Mufti Perlis jadi orang tengah

KUALA TERENGGANU: Pemuda Umno Terengganu meminta Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya tampil menjadi orang tengah untuk membawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kedua-duanya dikaitkan dengan kes liwat, supaya `bermuhabalah' atau bersumpah.

Ketua Penerangannya Razali Idris berkata penglibatan golongan ulama ataupun badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak dipengaruhi manamana badan politik sebagai orang tengah adalah cara terbaik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa keduadua individu yang terlibat kes itu bersumpah tanpa sebarang tekanan.

"Kita takut nanti, kalau Umno yang menjadi orang tengah (untuk bersumpah) mereka kata ini adalah sebahagian daripada konspirasi Umno pula...jadi kita minta Persatuan Ulama atau badan NGO yang tidak terlibat dalam hal ini supaya menguruskannya.

"Adalah lebih baik kalau Mufti Perlis sendiri yang menguruskannya (jadi orang tengah)," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khamis lepas, Mohd Asri meminta Anwar dan Mohd Saiful 'bermubahalah' atau bersumpah setelah isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru sehingga berbalah dan bertengkar sesama sendiri.

Razali berkata apa yang berlaku antara mereka, hanya Anwar, Saiful dan Allah S.W.T sahaja yang mengetahuinya.

"Jadi sebagai orang Islam kita kembali kepada jalan penyelesaian yang sepatutnya. Bukannya dengan membuat akuan bersumpah yang hari ini dibuat tetapi keesokannya boleh ditarik balik," katanya. BERNAMA

No comments:

Post a Comment