24 July 2008

PR Pahang semakin kukuh dengan kemasukan Fauzi

Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman, hari ini mengumumkan beliau sudah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Fauzi, 62, membuat pengumuman itu bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat PKR, di sini, petang tadi.

Katanya, beliau keluar Umno yang disertainya sejak 1966 kerana hilang keyakinan kepada parti itu dan kepemimpinannya.

Sementara itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap yakin pembangkang dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada 16 September ini, meskipun beliau kini berdepan dengan dakwaan liwat.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Pakatan Rakyat berada di landasan betul untuk mencapai matlamat itu.

“Tidak, kita tidak mengubah tarikh yang disasarkan September ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini semalam.

Pada April lalu, Anwar dilaporkan yakin dapat berbuat demikian dan mendakwa sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama dari Sabah dan Sarawak melompat parti dan menyertai Pakatan Rakyat.

Mengenai cadangan muzakarah antara Umno dan Pas, beliau berkata, tiada sebab baginya mempersoalkan hasrat pemimpin tertinggi Pas untuk berbuat demikian kerana mereka sudah memberi jaminan kepadanya bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat akan kekal dan tidak berubah.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment