27 July 2008

38 terbunuh dalam siri serangan bom di India

AHMEDABAD 27 Julai – Sekurang-kurangnya 38 orang terbunuh dan lebih 100 lagi cedera semalam dalam berbelas serangan bom dalam kotak di bandar Ahmedabad, barat India.

Siaran televisyen India dalam laporan beritanya berkata, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri mereka “Indian Mujahedeen” telah mengaku bertanggungjawab manakala seorang pemimpin sayap kanan Hindu di negeri itu memberi amaran bahawa penjenayah tidak akan diampunkan.

Ahmedabad adalah ibu negeri yang sensitif kerana pembangkang Hindu menguasai negeri Gujerat yang menyaksikan lebih ribuan terkorban dalam serangan puak Hindu ke atas orang Islam pada tahun 2002.

Sebanyak 16 pengeboman di seluruh bandar malah turut melibatkan beberapa buah hospital, berlaku sehari selepas serangan yang sama dilaporkan di Bangalore, selatan India.

Jurucakap polis menjelaskan bahawa kebanyakan mangsa cedera akibat nat, skru dan bebola besi yang diletakkan bersama-sama dengan bom untuk memaksimumkan jumlah mangsa.

Gabenor Gujerat, Navin Kishore Sharma memberitahu saluran televisyen CNN-IBN bahawa angka kematian mungkin akan bertambah.

Kesemua bom itu adalah dari jenis bom jangka yang ditetapkan untuk meletup selang 36 minit dan empat daripadanya diletakkan di hospital. - AFP

No comments:

Post a Comment