05 June 2008

Untung perompak tidak dibelasah sampai mati

2 perompak kena belasah

JOHOR BAHRU: Padah menimpa dua perompak dipercayai warga Indonesia apabila bukan saja gagal melarikan wang tunai RM30,000 yang disamun daripada seorang wanita, malah dibelasah orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi semalam itu, wanita berusia 25 tahun itu pada awalnya mengeluarkan wang tunai dari sebuah bank berhampiran Bukit Timbalan di sini, sebelum memasuki keretanya ditemani seorang rakan lelaki.

Bagaimanapun, tiba-tiba salah seorang perompak itu memecahkan cermin kereta wanita terbabit sebelum melarikan beg tangan berisi wang tunai berkenaan sambil rakannya menunggu bersama sebuah motosikal.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal, berkata menyedari beg tangan wanita itu dilarikan, rakan mangsa bertindak pantas mengejar perompak dengan kereta sebelum motosikal Yamaha yang dinaiki suspek hilang kawalan berhampiran Masjid Ahmad Awang di Jalan Duke di sini.

“Ketika kedua-dua suspek terjatuh dari motosikal, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bergegas ke arah suspek untuk membelasah mereka sebelum menghubungi polis.

“Kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 30-an memasuki negara ini menerusi dokumen perjalanan sah, tetapi polis masih menyiasat kesahihan dokumen terbabit,” katanya.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment