06 June 2008

Terbukti Anwar menipu?

Minyak Naik RM2.70, Anwar Ibrahim Dituduh Penipu

Sumber dari berita Bermana : Kerajaan telah mengumumkan kenaikan harga
minyak yg berkuatkuasa hari ini, 5/6/2008. Harga baru untuk pengguna
adalah RM2.70 seliter, iaitu naik RM0.78 dari harga asal seliter, RM1.92.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, ramai yang menuduh Datuk Seri
Anwar sebagai penipu, kerana sebelum pilihanraya, Anwar telah berkata
bahawa jika Barisan Nasional terus memerintah negara, minyak pasti akan
naik 30 sen. Namun apa yang berlaku adalah minyak telah dinaikkan
sehingga 78 sen, hampir 3 kali ganda dari jangkaan Anwar.

Berikut adalah beberapa komen
rakyat yang sempat dirakamkan Bermana:

"Wa sulah kata, itu Anwar talak boleh pecaya punya. Mana ada minyak
naik 30 sen maa..Itu kelajaan sulah naikkan minyak 78sen, kira ok maa..wa
boleh jadi cepat kaya" - Tokey Stesen Minyak XX

"Saya memang tak suka dgn Anwar tu. Dia nak turunkan harga minyak kalau
dia jadi PM. Mana boleh. Kalau minyak turun harga, tak boleh lah saya
naikkan lagi harga jualan makanan saya. Bila nak kaya kalo camtu?" -
Pengusaha Kedai Makan

"Releks la bro..Lu kecoh2 minyak naik ni apa hal? Lantak la nak naik
berapa pun. Gua tada hal punya. Janji diorang tak kacau geng gua dah la"
- Mat Rempit aka Peragut Sambilan

"Err...minyak naik? naik ke mana? Minyak apa yang naik ni sedara?
Minyak belacak ke minyak wangi?..Err..sorry le sedara. Saya pun dah lama tak
mengisi minyak kat stesen, saya pakai kad khas VIP je selama ni..tak
tau pulak nak komen apa.." - Anak Menteri Venezula

http://isuhangat.blogspot.com

No comments:

Post a Comment