Dato' Shahrir Samad pecah lubang mengapa harga minyak naik
Akhirnya hadiah terbesar diterima oleh seluruh rakyat Malaysia samada yang undi PAKATAN RAKYAT atau pun BN selepas PRU12……Minyak petrol naik 78 sen dan minyak diesel naik RM1.00……….UNDI BN=BARANG NAIK. UNDI PAKATAN RAKYAT=PRICES REDUCE?
Tidak tertahan kerajaan pimpinan Pak Lah menanggung beban akibat kenaikkan harga minyak yang berterusan walaupun harga makanan ruji (beras) telah dinaikkan harganya.
Budget dan perbendaharaan negara untuk projek pembangunan berbanding pemulangan hasil mahsyul Negara kepada rakyat secara langsung memberikan tekanan paling kuat kepada Pak Lah dan pendokongnya. Selama ini selepas RMK 9 dilancarkan para pendokong Pak Lah dan yang sewaktu dengannya telah memasang angan-angan besar dengan janji peruntukkan budget pembangunan bernilai berbilion Ringgit.
Dalam wawancara Buletin TV3 (8.00 malam 4/6/2008) Dato’ Shahrir Samad memberitahu tujuan sebenar mengurangkan subsidi minyak ini adalah untuk menampung kos pembangunan Negara...... Inilah jawapan paling ikhlas Dato' Shahrir berhubung kenaikkan harga minyak
Apakah hasil minyak semata-mata digunakan untuk menampung kos pembangunan yang mega dan terlampau
Setakat yang kita nampak projek awal RMK 9 yang telah diadakan seperti monument masjid di Kuala Terengganu, PKZ yang hampir menjadi gajah putih, Islam Hadhari yang diharamkan oleh kerajaan Selangor, Wilayah Iskandar (UNTUK SIAPA?), Koridor Pantai timur, Utara dan apa saja yang bukan menjanjikan peluang asas kepada rakyat dalam jangka segera dan sederhana. JANGKA PANJANG TIDAK PASTI LAGI………kerana terburu-buru, lihatlah, apa terjadi kepada PKZ.
Gaji sector swasta yang tidak diperdulikan. Pekerja pengeluaran di kilang semiconductor hanya bergaji pokok dalam lingkungan RM500 berbanding pekerja am baru 4ke 5 tahun boleh meraih gaji RM1500 ke atas.
Kerajaan amat tidak memperdulikan nasib rakyat. Beban demi beban dihempaskan ke atas kepala rakyat. Segala isu yang berlaku berhubung kepentingan rakyat tidak ditangani dengan baik.
Kenaikkan harga minyak masak, kenaikkan harga tepung, kenaikkan harga beras (melalui pengurangan subsidi) dan terkini menaikkan harga minyak (kurangkan subsisdi) terlalu mendadak adalah sesuatu yang amat tidak wajar sama sekali.
Pengurusan Petronas milik kerajaan yang diurus secara korporat menerima limpahan pulangan berlipat kali ganda kesan kenaikkan harga minyak.
Tetapi sayangnya, beratus juta malah mencecah berbilion Ringgit dibelanjakan selaras urus cara korporat untuk imej, sukan, penajaan dan perbelanjaan yang bolehkah ketelusannya dipertikaikan.
Walaupun ia tidak dimodalkan oleh individu atau pun penyertaan saham awam, pemulangan hasil kepada kerajaan hanya bergantung kepada pengurusan yang telah bertahun-tahun berakar di sana. Bagaimana boleh menilai perubahan dan pengurusan yang lebih baik hasil mahsyul Negara dan harta Negara/rakyat.
Jika sector korporat boleh menilai teraju kepimpinan dalam kurang lebih setiap 5 tahun, mengapa kerajaan membiarkan pengurusan penting Petronas diterajui oleh mereka yang sama sehingga menunggu pencen (usia tidak terdaya).
Kita menghargai jasa bakti mereka yang awal di Petronas tetapi jawatan dan keputusan penting adalah perlu untuk memastikan segalanya lebih baik khususnya nikmat yang boleh dinikmati rakyat dari hasil kenaikkan harga minyak.
Oleh itu banyak lagi GLC yang boleh menukar ganti dan memberikan pendedahan kepada muka baru di kalangan pengurusan tertinggi antara satu sama lain.
Tanpa penstrukturan atau pun pemantauan langsung bolehkah rakyat menikmati kenaikkan harga minyak yang amat menguntungkan Petronas? Rakyat pula perlu membayar harga yang mahal untuk kos bahan api ini. Seolah-olah dipecahkan tiga entity, kerajaan, rakyat dan Petronas yang tidak boleh mengalirkan keuntungan bersama secara langsung.
Petronas pula bagai mendabik dada kami menyumbang beratus Bilion kepada kerajaan walaupun itu hak Negara dan rakyat.
Kenaikkan harga bahan api ini seolah lebih bersifat masuk saja, kira keluarnya pula usah di perdulikan. Ini semua masalah rakyat.
Jangan sampai jadi macam MAS, lingkup semasa diterajui oleh konglomerat terhebat. Ketika itu pernah diberitakan nilai sekeping lukisan digantung dalam pejabat sahaja mencecah jutaan Ringgit.
MAS diselamatkan oleh bukan kroni politik, tetapi oleh profesional yang amat berwibawa IDRIS JALA. dalam masa yang singkat.
Mengapa mantan PM, Che Det dan anaknya menghemtam dan menolak kepimpinan Pak Lah tetapi amat berminat dengan jawatan penasihat Petronas.
Kita tahu dan sedar Che Det memang berpengalaman besar dan pakar dalam mengutarakan plan pembangunan projek mega,.
Apakah projek mega yang berkaitan Petronas yang akan atau sedang dinasihatkan oleh Che Det dalam kesengsaraan rakyat ditimpa beban sara hidup yang tinggi.
Kerajaan BN boleh meletakkan bidang kuasa ke atas Petronas ini di bawah PAC (Jawatankuasa ira-kira wang Negara) untuk tugas pemantauan dan ketelusan.
Usul yang pernah dikemukakan oleh parti pembangkang supaya Petronas diletakkan di bawah parlimen ada benarnya.
Mengapa kerajaan takut untuk menangani isu hasil Petronas secara berhemah dan terbuka? Apa yang perlu disembunyikan....?
Dalam isu harga minyak ini, wang dari hasil ekspot minyak mentah tiris @ Pak Lah dan kabinetnya yang jadi isu sebenar?
Apa jaminan kerajaan yang harga barang tidak akan naik. Rata-rata pengilangan dan sistem penghantaran memerlukan bahan api…….
Contoh kenaikkan harga ketara dan melampau: Kalau dulu harga susu pekat yang dijual di pasaraya-pasaraya termuka Cuma beharga RM1.69. Selepas minyak dinaikkan 30 Sen harga susu ini melambung kepada RM2.59. Berapakah harga susu pekat ini jika minyak petrol naik 78 Sen dan diesel naik RM1.00?
Sama-sama kita tunggu berapa % sebenarnya kenaikkan harga barang makanan......! Apa jerit pekik rakyat selepas ini....
http://survivalperjuangan.blogspot.com
No comments:
Post a Comment