26 June 2008

Singkir segera mereka yang menjadi alat pihak tertentu

PKR Selangor - Setiausaha 3 digugurkan

Timbalan Setiausaha 3 Badan Perhubungan PKR Selangor, Arijan Osman digugurkan dari Jawatannya berkuatkuasa hari ini.

Arahan SMS dari Khalid Ibrahim

"Salam, minta keluar notis pengerusi perhubungan selangor panggil mesy perhubungan tergempar khamis 26 jun 8 mlm kediaman rasmi mb. Jgn sertakan hj yahya dan arijan krn mrk dah letak jawatan - arahan mb"

Berita ini disahkan oleh Arijan Osman ketika dihubungi melalui telefon bimbit dan berita ini sudah tersiar di website keadilan selangor.

Menurut Arijan, beliau belum menghantar surat perletakan jawatan. Khalid mendahului saya", jelas Arijan yang juga Setiausaha PKR Bahagian Kuala Selangor.

Terdahulu, Setiausaha Badan Perhubungan PKR Selangor, Hj Yahya Saari meletakkan jawatan berikutan penggantungan kerja sebagai Pegawai Khas MB Selangor dan sebagai S/U Perhubungan.

http://fisher.globat.com/~marhaen.org/v1/

No comments:

Post a Comment