23 June 2008

SAPP dijadualkan mengemukakan usul tidak percaya hari ini, siaran langsung parlimen tiada

Usul harga minyak di Dewan Rakyat

Kerajaan akan membawa usul berhubung kenaikan harga minyak dan barangan serta langkah untuk menanganinya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Usul tersebut yang dibawa menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna Datuk Shahrir Samad bermula kira-kira 11.45 pagi, sebaik selesai sesi soal jawab.

Perdana menteri Datuk Seri Abdulllah Ahmad Badawi semalam dilaporkan berkata, perbincangan usul ini bakal mengambil masa panjang, maka kerajaan sedia membincangkannya sehari suntuk untuk memberikan kesempatan kepada wakil rakyat memahami isu itu.

Perbahasan itu tidak disiarkan secara langsung menerusi RTM, katanya.

www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment