KUALA LUMPUR: Kebanyakan rakyat mengeluh dengan kenaikan harga minyak secara mendadak berkuatkuasa hari ini dan berharap kerajaan menilai semula keputusan itu kerana berpendapat ia terlalu tinggi dan membebankan.
Malah ada sesetengah pihak membantah tindakan itu dan mengadakan demonstrasi secara aman untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka.
Anggota exco Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir yang meminta kerajaan menilai semula keputusan itu berpendapat rakyat belum mampu menangani masalah kenaikan itu pada ketika kos sara hidup juga semakin meningkat.
Beliau berkata kenaikan itu sepatutnya dilaksanakan secara berperingkat dan diumumkan tarikh kenaikan lebih awal agar rakyat tidak terlalu terbeban.
"Keputusan yang dibuat semalam bagi menaikkan harga minyak yang berkuatkuasa hari ini terlalu drastik dan tidak boleh diterima rakyat, tambahan kenaikannya terlalu tinggi,” katanya lagi. - Bernama
No comments:
Post a Comment