06 June 2008

Google tidak iktiraf bahasa Melayu dalam pengiklanan?

Google perluas pasaran ke Malaysia

SYARIKAT enjin pencari Internet terkemuka di dunia, Google Inc kini dalam usaha melaksanakan kajian mengenai pasaran negara ini termasuk faktor bahasa, budaya dan gaya hidup serta tabiat pelayaran di kalangan pengguna Internet tempatan.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Internetnya, Vinton G Cerf berkata, syarikat itu masih meninjau peluang dan masa yang terbaik untuk meluaskan pasarannya ke negara ini.

“Pasaran Malaysia semakin penting kerana rakyat negara ini adalah pengguna terbesar kemudahannya di Asia Tenggara,” katanya yang turut dikenali 'bapa Internet'.

Katanya, tabiat pelayaran Internet pengguna berbeza dari satu negara ke negara lain kerana ia berkaitan dengan budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing.

“Kajian yang dilaksanakan penting kerana ia memberi kefahaman terhadap keperluan dan kemahuan pengguna Internet dan tabiat pelayaran mereka di negara ini yang menjadi penentu kejayaan Google,” katanya.

Cerf berkata, kaedah yang diguna pakai syarikat itu adalah tertakluk kepada sejauh mana organisasi terbabit memahami bahasa dan tabiat pengguna melayari Internet untuk memperoleh maklumat seterusnya menaikkan nama Google di pasaran.

“Google akan terus mengekalkan model perniagaannya yang menumpu kepada sektor pengiklanan untuk menjana pendapatan,” katanya.

Syarikat enjin carian Internet itu turut memiliki operasi di negara lain di Asia seperti China serta India dan sedang mencari peluang meluaskan aktiviti perniagaan khasnya di Asia Tenggara.

www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment