27 June 2008

Rakyat diminta tabah, Najib umum RM1 juta seorang jika menang sukan di China

Rakyat diminta tabah tangani krisis harga minyak

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta semua lapisan rakyat agar tabah dan bersatu hati dalam menggembleng tenaga bagi menangani krisis kenaikan harga minyak dan komoditi.

Beliau berkata, ia merupakan kemelut yang bakal memberi impak negatif bukan hanya dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), malah untuk tahun-tahun seterusnya.

Perdana Menteri menegaskan bahawa usaha harus ditentukan ke arah mendepani cabaran itu serta melakukan penyesuaian, bukannya membenarkan pemimpin dan kumpulan tertentu menangguk di air keruh dan mengapi-apikan sentimen rakyat dengan janji-janji palsu, semata-mata untuk merebut kuasa di luar batasan demokrasi dan memenuhi agenda peribadi.

"Sementara saya dan rakan-rakan sejawat serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan juga wakil-wakil swasta sedang berusaha menentukan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menangani krisis ini dan mengurangkan beban rakyat, ada pula yang mengambil kesempatan mencuba merampas kerajaan dengan cara tidak demokratik, " katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun menurut Perdana Menteri, beliau percaya rakyat boleh melihat yang mana benar dan yang mana palsu.

"Saya percaya rakyat bijak menilai langkah-langkah yang diambil bagi memelihara kepentingan rakyat dan bagi menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Saya percaya pada suara dan hati budi rakyat," jelasnya.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment