21 June 2008

Nazri cuba meredakan keadaan

Nazri jamin tiada usul undi tidak percaya terhadap PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberi jaminan tidak akan ada usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen, Isnin ini.

Menurut beliau, sehingga petang semalam, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Parti Maju Sabah (SAPP) berhubung perkara tersebut.

Kata beliau, apa-apa usul tergempar seperti itu mesti dimaklumkan sehari lebih awal kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1).

``Saya sentiasa pantau isu ini dengan Pejabat Speaker dan sehingga semalam, tidak ada pun notis usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

``Jadi, saya beri jaminan tidak ada usul secara konstruktif untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Mesra Klinik Kesihatan Padang Rengas dekat sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment