Home | Malaysiakini | Sinar Harian | Astro Awani | BHarian | Kosmo | Malaysia Gazette | HMetro | Mstar | Bernama | Majoriti | Gempak | Bebas News | Carigold | Blogger |
05 June 2008
Minyak naik, rakyat naik minyak
Dihujung video ini, akan tiba-tiba muncul gambaran hantu, harap maklum :)
Minyak: Sayap Pemuda PKR mahu gerakkan protes rakyat
ANGKATAN Muda Keadilan mengumumkan hasrat mereka untuk 'menggerakkan protes rakyat' di seluruh negara berikutan pengumuman kerajaan menaikkan harga minyak berkuatkuasa hari ini, kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut beliau, pihaknya yakin tindakan kerajaan yang meletakkan beban di bahu rakyat untuk menanggung kenaikan minyak mendadak pasti akan disusuli dengan kenaikan mendadak harga barang dan perkhidmatan di seluruh negara.
"Semasa membentangkan Bajet 2008, kerajaan telah memperuntukkan RM12 bilion hasil daripada penjimatan subsidi petrol serta diesel untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam dan penubuhan Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam (KWAPA) namun hasil yang diharap-harapkan belum tercapai," katanya.
Malah, jelas Shamsul lagi, tindakan terbaru kerajaan ini jelas menggambarkan tiada kepedulian sosial yang diambil oleh kerajaan di dalam mengurus ekonomi negara. Pastinya generasi muda ialah kumpulan sasar yang paling terkesan hasil daripada kenaikan mendadak ini dalam keadaan inflasi terus parah tanpa kawalan bijak oleh kerajaan.
"Ini juga menggambarkan bahawa pengurusan ekonomi negara berada di tahap yang lemah, dalam keadaan pelaburan asing jatuh merudum pada aras 4% dan indeks Gross Domestic Product (GDP) hanya di aras 9% berbanding negara-negara Asia yang lain sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim di Singapura 20 Mei lepas"
"AMK menggesa agar perincian menyeluruh Laporan Kewangan Tahunan Petronas, termasuk sumber keuntungan dan perbelanjaan didedahkan kepada umum melalui Parlimen agar rakyat boleh menilai keupayaan kerajaan mentadbir urus keuntungan Petronas dengan saksama," katanya dalam satu kenyataan media.
klpos.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment