12 June 2008

Masalah apa Japlin? mungkin masalah harga barang naik

Dakwaan Anwar hanya gimik semata-mata

KOTA KINABALU 11 Jun – Dakwaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kira- kira 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bakal menyertai PKR pada 6 September ini, adalah gimik semata-mata.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Datuk Japlin Akim berkata, kenyataan Anwar itu adalah taktik parti pembangkang itu untuk mengeruhkan keadaan dan mengaburi mata rakyat.

“Di Sabah, kita telah menang besar iaitu 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Kerajaan BN yang ada hari ini mewakili semua kaum di negeri ini.

“Justeru, soal kaum mana yang tidak terpilih tidak timbul sama sekali, jangan hanya kerana mereka (PKR) melihat sesetengah ahli dalam BN bersuara lantang, menunjukkan kami ada masalah. Isu yang dibangkitkan oleh pembangkang adalah gimik semata-mata. Jika benar pembangkang boleh melakukan perubahan besar seperti mengatasi isu kenaikan harga barang dan minyak, sudah tentu semua ini dilakukan dari dahulu lagi,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar mengenai desas-desus seramai 30 Ahli Parlimen BN akan menyertai pakatan pembangkang dan membentuk kerajaan baru pada 16 September ini.

Japlin yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur ne- geri berkata, sejak kebelakangan ini negeri-negeri yang diperintah pembangkang didapati menghadapi masalah sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.

www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment