12 June 2008

Berani polis siasat Mahathir?

Karpal buat laporan polis pendedahan terbaru hakim

KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh, petang ini membuat laporan polis berhubung pendedahan seorang hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.

Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, membuat laporan berkenaan di Balai Polis Tun HS Lee, di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, jam 6.25 petang.

Bercakap kepada pemberita sebaik tiba di balai polis berkenaan, Karpal berkata, beliau berharap polis membuat siasatan rapi dakwaan Hakim Mahkamah Tinggi Sibu, Datuk Ian HC Chin, ke atas bekas Perdana Menteri itu yang dikatakan berbuat demikian 11 tahun lalu.

"Jika dakwaan Datuk Ian Chin benar, maka Dr Mahathir boleh disabitkan melakukan kesalahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau RM3,000 denda atau kedua-duanya sekali kerana menghalang keadilan.

"Dalam kes ini, ia merujuk sebarang ancaman kepada hakim yang membawa kepada berlakunya perkara itu (ketidakadilan)," katanya.

Chin membuat pendedahan itu sebelum mendengar petisyen pilihan raya yang difailkan calon DAP bagi Parlimen Sarikei, Wong Hua Seh, bagi mencabar keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu yang dimenangi calon Barisan Nasional (BN), Ding Kuong Hiing.

www.bharian.com.my

No comments:

Post a Comment