03 June 2008

Malaysia masih tunjuk kebaculan bila berhadapan kes minyak dengan pelanggan singapura

Bila berhadapan dengan sama melayu , hebat sungguh UMNO , larangan jual minyak kepada melayu Thailand berkuatkuasa serta merta. Namun apabila berhadapan Cina Singapura dan peniaga minyak juga tauke cina, UMNO hilang satu lagi pembatuan , bukan batu putih tetapi takut dengan ugutan Singapura dan ini tidak di dedahkan. Akibatnya Dollah kata kita kaji dulu. Bilalah Dollah nak berhenti jadi PM kita pun tak tahu. Sudah berapa kali jadi flip flop.

Adakah kerana tekanan dari pemerintah Singapura maka terus tersenyap takut. Bukan kah awal awal dah cakap bergegar gegar , minyak itu minyak kita, subsidi itu duit rakyat dan tiba tiba , eee,,kita kaji dulu. Inilah yang menyebabkan orang dah tak yakin pada Dollah. Elok tak payah lah tunggu December, serah lah saja pada Najib jadi PM bulan depan. Boleh rehat dan bermain dengan anak menantu.

Begitu cepat larangan menjual minyak kepada kereta asing yang kebanyakan Melayu Thailand berlaku di Kelantan Perlis tetapi apabila sampai kepada mennggangu rakyat Singapura , tiba ia di tunda, di kaji. Apa punya polisi ni, utara lain selatan lain. Mengapa Dollah dan shahrir tak beritahu apa sebenarnya berlaku.

Adakah kerajaan malaysia telah di ugut oleh kerajaan singapura, penjual minyak johor atau pun apa. Kita mahu tahu sebab apa ia di tangguh.
Dalam keadaan orang dah give up dengan kelemahan kita menghadapi Batu Putih sekarang tiba pula kes batu hitam ia itu minyak. Berapa lagi yang hilang sebelum PM bertukar kita pun tak tahu.

http://almuslimin2.blogspot.com

No comments:

Post a Comment