04 June 2008

Kerajaan BN akan melaksanakan pemakaian tali pinggang keledar penumpang bas

Penumpang bas wajib pakai tali pinggang

Kerajaan akan melaksanakan peraturan mewajibkan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua penumpang bas baru.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lajim Ukin berkata, pemasangan tali pinggang keledar itu diwajibkan ke atas bas-bas baru mengikut piawaian antarabangsa, United Nation Economic Commission for Europe (UNECE) Akta 80 sejak November 2007.


``Peraturan baru akan dilaksanakan tidak lama lagi,'' katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Chee Keong pada Sidang Dewan Negara di sini hari ini.-Utusan

No comments:

Post a Comment