27 June 2008

Lim Guan Eng bukan tidak kenal BN

Guan Eng kecewa, projek mega tangguh

Kerajaan negeri Pulau Pinang kecewa dengan keputusan kerajaan persekutuan kerana menangguhkan projek monorel berharga RM2 bilion dan projek Lingkaran Luar Pulau Pinang yang dijadual dijalankan semasa Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pendapat kerajaan negeri patut ditanya sebelum kerajaan pusat membuat sebarang keputusan untuk menangguhkan projek ini kerana ia akan menjejaskan ekonomi negeri.

"Ia keputusan yang amat tidak bertanggungjawab apabila kerajaan persekutuan tanpa berunding dengan kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk menangguhkan dua projek mega ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat agung PBA Holdings Berhad (PBAHB) di sini hari ini.

- Bernama

No comments:

Post a Comment