28 June 2008

Jika pelantikan kerana orang kuat Umno, memang wajar dipecat

MB Selangor tamatkan perkhidmatan Naib Canselor Unisel

Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) Prof Datuk Dr Mohd Razali Agus ditamatkan perkhidmatannya oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuat kuasa 31 Julai depan.

Mohd Razali, 52, berkata surat penamatan perkhidmatannya itu diserahkan kepada pembantu peribadi beliau kirakira pukul 4 petang tadi semasa beliau menghadiri mesyuarat di kampus Unisel di Bestari Jaya.

Beliau belum disahkan jawatan sebagai Naib Canselor walaupun sudah 11 bulan memegang jawatan itu.

"Surat itu tiada letter head kerajaan negeri tetapi daripada Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn Bhd (PIYSB) untuk menamatkan perkhidmatan saya dengan memberi sebulan notis.

"Surat itu juga tidak dinyatakan sebarang alasan berhubung penamatan perkhidmatan saya.

Walaupun hari terakhir saya ialah pada 31 Julai depan, tetapi saya telah diberi cuti sebulan gaji penuh bermula hari ini," katanya dalam sidang akhar di sini petang ini.

Mohd Razali berkata walaupun terkejut namun beliau akur dengan keputusan penamatan perkhidmatannya itu.

"Saya telah beri perkhidmatan terbaik dengan mengangkat Unisel antara universiti swasta yang berkembang pesat selama ini. Tambahan pula Unisel sedang dalam perancangan untuk menerima pelajar baru hujung bulan Julai ini," katanya.

Mohd Razali bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya sama ada penamatan perkhidmatannya itu melibatkan campur tangan politik.

Katanya beliau belum berkesempatan untuk memaklumkan mengenai perkara itu kepada Canselor Unisel, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohd Razali berkata beliau juga akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undangundang berhubung perkara itu.

Ditanya perancangannya selepas ini, Mohd Razali secara sinis berkata beliau akan bertugas di tempat yang memerlukan perkhidmatannya.

Mohd Razali yang berasal dari Kajang, Selangor, sebelum ini pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di Universiti Malaya selama dua tahun sebelum dilantik sebagai Naib Canselor Unisel. BERNAMA

No comments:

Post a Comment