29 June 2008

Debat Anwar - Ahmad Shabery, sejauhmana keterbukaan RTM

RTM sedia siar siaran langsung debat Ahmad Shabery- Anwar, kata Kamaruddin

RTM bersedia untuk menyiarkan siaran langsung debat mengenai harga minyak di antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Datuk Kamaruddin Siaraf.

Beliau berkata, kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung sebagai membuktikan sikap keterbukaan kementerian itu.

“Kita sangat terbuka...kita boleh siarkan (siaran langsung) tetapi bukan dianjurkan oleh RTM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran Kenali ASEAN 2008 di sini hari ini.

Debat bertema “Hari ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadual pada 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen. - Benama

No comments:

Post a Comment