Minyak: Pemuda Umno sambut baik debat Shabery-Anwar anjuran Agendadaily di DBP
Pergerakan Pemuda Umno menyambut baik debat mengenai harga minyak antara Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat menilai antara realiti dengan janji yang dibuat pembangkang.
Naib Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata debat itu akan memberi peluang kepada rakyat menilai janji-janji yang dibuat oleh pembangkang untuk menurunkan harga minyak.
"Sebelum ini mereka bercakap dalam ceramah sahaja tiada siapa tanya apa kaedah...kini kerajaan boleh bertanya mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin akar umbi dari enam bahagian Pemuda Umno di sini hari ini.
Debat bertema "Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita Agenda Daily itu dijadualkan pada 15 Julai depan di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Shabery dan Anwar telah mengesahkan penyertaan mereka dan debat itu juga mungkin akan disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.
Khairy berkata debat itu baik kerana ia memberi peluang kepada wakil kerajaan untuk memberi pandangan dan penjelasan berhubung isu berkenaan.
"Saya rasa ini peluang baik untuk kerajaan membuat penjelasan serta bertanyakan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai janji menurunkan harga minyak," katanya.
Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuat kenyataan termasuk semasa kempen pilihan raya umum pada Mac lepas bahawa pembangkang akan menurunkan harga minyak jika memerintah.
http://klpos.com/v2
No comments:
Post a Comment