Ezam kembali pada Umno
Selepas menimbulkan berbagai andaian mengenai arah tuju politiknya, Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka mengumumkan keputusan beliau untuk kembali menyertai Umno esok.
Menurut sumber yang rapat dengan beliau, pengumuman mengenai kemasukan Ezam semula ke dalam Umno akan dibuat oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
"Ya Ezam sudah membuat keputusan, dan kini hanya menunggu pengumuman rasmi daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sahaja," kata sumber terbabit.
Ezam sebelum ini diberitakan akan kembali menyertai Umno -parti yang pernah disertainya sebelum dipecat oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1998 kerana menyokong gerakan reformasi.
Sebelum dipecat, Ezam merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan.
Ura-ura Ezam memasuki Umno timbul selepas Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar dari Umno baru-baru ini.
www.klpos.com
No comments:
Post a Comment