12 May 2008

Tragedi hari ibu, mati dibunuh penyamun

Klik gambar

Mayat Che Bashah terbaring atas sofa, pisau terpacak di perut

JITRA: Hasrat lima beradik yang mahu meraikan Hari Ibu bersama ibu mereka semalam, tidak kesampaian apabila ibu mereka yang berusia 75 tahun mati dibunuh selepas disamun di rumahnya di Taman Berlian, di sini, semalam.

Mayat Che Bashah Che Ahmad ditemui dalam keadaan memilukan oleh anak keempatnya, Mat Ariff Abu Bakar, 40, pada kira-kira jam 3 petang semalam, iaitu dalam keadaan terbaring di atas sofa dengan berlumuran darah kerana ditikam dengan pisau yang diambil dari dapur oleh suspek.

Ketika itu, Mat Ariff baru pulang dari sekolah apabila mendapati ibunya sudah tidak bernyawa, manakala barangan kemasnya lesap dan terus menghubungi polis.

Mangsa dipercayai berada di rumah seorang diri ketika dia disamun, manakala menantu, anak serta cucunya keluar bekerja dan sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui anak lelakinya yang baru pulang ke rumah apabila mendapati pintu pagar terbuka, manakala pintu jeriji dan pintu kayu dalam keadaan tertutup.

Lagi berita...

No comments:

Post a Comment