Malaysia berjaya melepasi ujian pertama kejohanan badminton Piala Thomas dan Uber apabila kedua-dua pasukan negara mencatat kemenangan besar 5-0 dalam perlawanan sulung mereka di Stadium Istora, Senayan di sini, hari ini.
Pasukan lelaki negara menundukkan wakil Eropah, England 5-0 dalam perlawanan Kumpulan B.
Skuad Piala Uber buat kali pertama dalam sejarah turut cemerlang, membelasah New Zealand 5-0 untuk mengetuai Kumpulan C.
Dalam saingan Piala Thomas, Malaysia yang turun sebagai pilihan ketiga kejohanan mengutip mata pertama menerusi pemain nombor dua dunia, Lee Chong Wei, yang bagaimanapun dipaksa bekerja keras ketika menundukkan Andrew Smith, 21-17, 21-15.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment