Diseksa hingga mati sebab curi
ALOR STAR – Bukan saja, dikurung, dibelasah malah dipaksa telan pil metadon.
Begitulah seksaan yang dilakukan sekumpulan lapan lelaki terhadap seorang bekas pengawal keselamatan, Mohd. Faris Shaomy, 21, yang kesalahannya mencuri sebuah telefon bimbit milik pengunjung pusat membelah-belah di Jalan Kolam Air
Seksaan melampau yang dilakukan kumpulan yang juga membabitkan tiga pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut menyebabkan mangsa itu meninggal dunia dengan badan bukan saja ada kesan berlubang dan banyak cedera malah mulut juga berbuih.
Mangsa berasal dari Sik di sini dikatakan telah mula dibelasah beramai-ramai sebelum dikurung di bilik kawalan tersebut sejak pukul 7 malam kelmarin.
Mayatnya ditemui oleh seorang pengawal keselamatan yang datang mahu bekerja pada pukul 7 pagi semalam.
Seorang saksi yang juga Ketua pengawal keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, Ahmad Ali, 50, berkata, sebelum kejadian itu mangsa ditahan oleh pengawal di situ selepas dia didakwa mencuri telefon bimbit milik seorang pelanggan.
Menurut beliau, mangsa semasa itu tidak diserahkan kepada polis kerana dia berjanji akan membayar semula ganti rugi kepada pemilik telefon bimbit tersebut.
“Mungkin tidak puas hati dengan kelakuan mangsa, saya nampak seramai lapan orang termasuk pengawal keselamatan telah mengurung dan membelasah mangsa.
“Selepas itu, suspek-suspek itu memaksa mangsa memakan pil metadon yang biasa digunakan penagih untuk menghilangkan ketagihan mereka sebelum diminta tidur pula di atas sebuah tilam nipis,” kata Ahmad ketika ditemui Kosmo! di tempat kejadian semalam.
www.kosmo.com.my
No comments:
Post a Comment