27 May 2008

22 laman web, blog disiasat

KUALA LUMPUR - Kerajaan setakat ini telah menjalankan siasatan terhadap 22 laman web dan blog kerana menyiarkan kandungan bersifat jelik, sumbang, fitnah, lucah dan palsu.

Daripada jumlah itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mengemukakan tiga kertas siasatan dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, kebanyakan usaha untuk menyiasat laman blog dan penulisnya sukar kerana mereka menggunakan platform di luar negara.

Beliau juga memberitahu, kerajaan tidak bercadang menubuhkan badan khas bagi memantau laman-laman blog di internet dan penulis blog.

Tambahnya, ini kerana kementerian melalui SKMM mempunyai peruntukan mencukupi untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang tidak bertanggungjawab.

www.kosmo.com.my

No comments:

Post a Comment