23 May 2008

Tiada kos percuma dalam perjanjian konsesi air Syabas: Rozali

SHAH ALAM: Tidak ada sebarang kos percuma bagi setiap liter atau meter padu air yang dihasilkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam perjanjian konsesi yang dimeterai dengan kerajaan negeri Selangor, kata Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail.

Beliau berkata, pelbagai aspek perlu diteliti terutamanya membabitkan operasi perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Rozali berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pemberian air percuma sebanyak 20 meter di Selangor bermula 1 Jun ini sebagai memenuhi satu daripada janji pakatan pembangkang dalam manifesto ketika kempen pilihan raya umum 8 Mac lalu.

"Kita tunggulah, saya no komen, kita tunggu sehingga akhir bulan ini, bermula 1 Jun,” katanya yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holding Sdn Bhd pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Puncak Niaga menandatangani perjanjian jual beli dengan Global Environment Solutions Ltd dan perjanjian pemegang dengan Environmental Holdings Pte Ltd.- Bernama

No comments:

Post a Comment