Bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau pernah mengarahkan Setiasaha Kerajaan Negeri (SUK) ditukar serta merta sebaik sahaja dilantik ke jawatan itu.
Katanya semasa dilantik menjadi Menteri Besar pada 1999, jawatan SUK Perak dipegang oleh Datuk Abdul Majid Hussain yang meneruskan tugas itu sehinggalah ditukar kerana dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Bajet di Perbendaharaan setahun kemudian.
Pertukaran itu tidak boleh disamakan dengan tindakan Menteri Besar sekarang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengarahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) Datuk Jamry Suri ditukar dalam tempoh 24 jam pada 29 April lalu, katanya dalam ucapan pada majlis kesyukuran Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini yang dihadiri 3,000 orang.
Tajol Rosli berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Mohammad Nizar bahawa Menteri Besar terdahulu pun telah menukar SUK sebaik sahaja diberi kuasa memerintah negeri Perak.
"Bila Mohammad Nizar menukar Jamry, beliau kata Menteri Besar dulu juga tukar SUK tetapi Menteri Besar mana yang dimaksudkan.
"Kalau dimaksudkan Menteri Besar itu adalah saya, maka ia tidak benar kerana masa dilantik sebagai Menteri Besar pada 1999, SUK negeri ialah Datuk Abdul Majid yang hanya ditukarkan selepas setahun saya mengambil alih jawatan tersebut.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment