Tiada wanita yang sanggup hidup dibayangi anjing liar dan babi hutan, serta tinggal dalam rumah yang gelap dan dikelilingi pokok getah.
Itulah yang terpaksa ditempuhi dua bekas isteri Mamat Abdullah, 61, sepanjang tinggal di rumahnya di Kampung Banggol Nyamuk, Sungai Ikan, Kuala Nerus yang tiada bekalan elektrik.
Isteri pertama, Temah Yusof, 56, berkata, dia sering kali bimbang apabila malam menjelma kerana kawasan rumah akan menjadi sunyi dan hanya bunyi-bunyian di dalam hutan yang kedengaran.
"Pernah beberapa kali saya terserempak dengan kumpulan babi hutan di bawah rumah menyebabkan saya takut untuk turun ke tandas di luar rumah pada waktu malam.
"Suasana amat menakutkan apatah lagi semuanya gelap kerana tak ada lampu macam di rumah orang lain. Saya tidak sanggup lagi tinggal di situ," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Binjai, semalam.
Kosmo! semalam melaporkan dua isteri Mamat meminta cerai gara-gara mereka tidak sanggup tinggal di rumah yang tiada bekalan elektrik sejak empat tahun lalu.
Kemudahan itu tidak dapat disalurkan kerana rumah mereka yang satu-satunya terletak di kawasan tersebut serta jauh dari kediaman orang lain.
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment