Dalam laporannya bagi tahun 2007, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendedahkan kelemahan-kelemahan dan menggesa undang-undang yang relevan dipinda bagi memastikan
piihanraya yang adil dan bebas.
Menurut laporan setebal 312 halaman, Suhakam memandang berat kerana hak-hak asas tertentu berhubung pilihanraya yang adil dan bebas - seperti kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan
berhimpun - sama ada dihalang atau tidak dipedulikan sewaktu kempen pilihanraya.
Dalam laporan yang diedarkan kepada ahl-ahli parlimen Isnin lalu, Suhakam mendapati wujudnya padang permainan yang tidak sama rata, terutama di segi akses kepada media, kebenaran mengadakan
perhimpunan politi, persempadanan semula kawasan pilihanraya dan penyelesaian di mahkamah.
Mengulas lanjut mengenainya, suruhanjaya itu berkata, calon-calon sepatutnya tidak dibenarkan menggunakan 'cara yang tidak demokratik' untuk menang pilihanraya melalui pembelian undi, menyedia insentif bukan dalam bentuk kewangan
Lagi berita...
No comments:
Post a Comment