14 May 2008

PAS sedia terima Ibrahim Ali

www.malaysiakini.com
PAS bersedia menerima Ahli Parlimen bebas kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai parti itu sekiranya beliau mahu bersama-sama memperjuangkan Islam, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau dia boleh menerima (menyertai PAS), Alhamdulillah, kalau tidak apa boleh buat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat exco negeri hari ini.

Ibrahim, yang juga bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas dan dipecat daripada Umno, telah menyatakan kemungkinan menyertai sesebuah parti bagi meneruskan perjuangan politiknya.

Menurut laporan Bernama, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, Ibrahim bertanding sebagai calon PAS dan menewaskan Ahmad Rosdi Mahamad dari Barisan Nasional dengan majoriti 8,991 undi.

Nik Aziz, yang juga Mursyidul Am PAS, bagaimanapun berkata parti itu tidak akan membuat pelawaan rasmi kepada Ibrahim.

"Saya tidak suka mempelawa kerana saya suka memberi dakwah dan memberikan penerangan. Mempelawa itu tidak penting," katanya.

No comments:

Post a Comment