08 May 2008

Raja Petra mogok lapar ?

Usaha untuk membebaskan Pengendali dan editor laman blog, Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamarudin (gambar) hari ini tidak berhasil apabila dia yang ditahan di Penjara Sungai Buloh dekat sini enggan dijamin.

Isterinya, Marina Lee Abdullah berkata, suaminya juga enggan menerima pelawat walau beliau telah pergi ke penjara itu sebanyak dua kali untuk berbincang serta menguruskan jaminan tersebut.

''Saya ke Penjara Sungai Buloh dua kali iaitu pada pukul 10 pagi dan 12 tengah hari tadi, tetapi saya dimaklumkan dia (Raja Petra) enggan menemui sesiapa sama ada ahli keluarga ataupun peguam.

''Saya rasa, dia sedang melancarkan mogok lapar di dalam sana,'' katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Menurut Marina, beliau bersama seorang peguam, Matthaeus Cheng turut menemui warden penjara tersebut bagi mendapatkan surat daripada Raja Petra sebagai pengesahan bahawa suaminya benar-benar membuat permintaan untuk tidak menerima pelawat.

Katanya, beliau juga meninggalkan nota untuk disampaikan kepada Raja Petra dan akan ke penjara itu semula esok untuk menemui suaminya.

Lagi berita ...

No comments:

Post a Comment